Powered By Blogger

Monday, 16 May 2011

MENUJU KEPUNCAK IMPIAN

Aku adalah seorang insan biasa yang mempunyai cita-cita dan impian yang tinggi.  Impianku ingin memiliki kehidupan yang sempurna di dunia dan kebahagian yang abadi di akhirat.... Amin.  Aku bercita-cita ingin membina empayar perniagaan yang besar, memiliki rumah yang selesa dan akan membuat penambahan di rumahku untuk ruang pejabat dan satu bilik khas untuk isteriku dalam kerja-kerja jahitan.  Alhamdulillah.. hasil usaha dan doaku kepada yang Maha Esa kini aku telah memiliki sebuah rumah Semi Banglo yang selesa terletak di tengah-tengah pusat bandar, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan dan mempunyai tanah sendiri terletak ditepi jalan utama di kampungku.  Walaupun aku diperlekehkan tetapi aku bersyukur kepada Allah kerana aku telah menuju kearah impianku itu dengan langkah2 yang telah dipermudahkan olehnya.

Aku sekarang dalam proses memiliki  sebuah Empayar Perniagaan sendiri iaitu IMPIAN GEMILANG RESOURCES dan terbantut buat sementara akibat masalah kewangan. Aku akan usahakan untuk mendapatkan sumber-sumber bagi menjalankan projek ku. Alangkah bertuahnya aku kalau terdapat institusi kewangan yang menaruh kepercayaan kepada aku memberi pinjaman kewangan ataupun ada individu yang ingin menjadi rakan-kongsiku. Pada masa ini banyak komitmen2  yang perlu aku selesaikan dan biarlah aku berdiri diatas kakiku sendiri dalam mengatasinya kerana aku sudah lali dengan kecaman, sindiran, ejekan yang kononnya aku hanya berangan-angan kosong..tetapi aku tetap dengan pendirianku. Hanya isteriku yang setia berada di belakangku dan sanggup memekakkan telinga atas ejekan terhadap aku dan memberi perangsang dan semangat kepadaku untuk mencapai impianku ini.

IMPIAN GEMILANG RESOURCES adalah empayar perniagaan yang besar dan aku sendiri akan menerajuinya dan aku sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan isteriku akan memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif. Perniagaan yang aku jalankan berkonsep Home Based Business (Pengurusan Perniagaan Dari Rumah). Aku akan mendapatkan kursus dan latihan kepada anak-anakku dalam bahagian pengurusan perniagaan.   IMPIAN GEMILANG RESOURCES akan menjalankan projek-projek di atas tapak tanahku sendiri iaitu:

1)  Homestay Dusun Resort
2)  Restoran d'Rembang Corner
3)  Pusat Mencuci Kereta (Snow Wash)
4)  Tapak Semaian Orkid dan Kaktus
5)   Zie Collection - Tempahan Jahitan


Projek sudah mula bergerak iaitu Zie Collection telah berjalan dengan lancar.  Buat masa ini banyak tempahan jahitan sehinggakan isteriku tidak menang tangan untuk menerima tempahan.  Kalau ada modal aku akan ubahsuai rumahku dan akan menambah ruang bilik khusus untuk kerja-kerja jahitan.

Itulah impianku.  Semoga impianku akan tercapai hasil usahaku dan aku mampu berdoa dan bertawakal kepada Allah kerana dialah yang mengatur perjalanan hidup kita.. yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri..   yang penting kita mampu mengubahnya.  Amin.

Salam hormat dan sayang saya untuk anda semua.


Yang benar,
IMPIAN GEMILANG RESOURCES



ARIFFIN BIN OMAR
Ketua Pegawai Eksekutif
019-3984352

No comments:

Post a Comment